Jumaat, 2 Ogos 2013

Majlis Berbuka Puasa SKSSn 2013

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 9:32 PG No comments

Pada hari Rabu 31 Julai 2013 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa warga SK Seri Sentosa bersama warga emas yang diraikan.
Majlis dimuliakan dengan ucapan YDP PIBG dan ucapan Guru Besar, diikuti dengan pemberian beras (fidiah) yang disumbangkan kepada warga emas yang hadir
Majlis Berbuka Puasa ini adalah anjuran dari gabungan dan kerjasama daripada Panitia Pendidikan Islam, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Panitia Pendidikan Sivik dan juga seluruh warga SKSSn.
Warga Emas yang diraikan terdiri daripada penduduk setempat  dan juga didatangkan khas dari Pondok Sungai Bakap bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Solat magrib, insyak dan solat sunat terawih berjemaah turut dilaksanakan bersama-sama hadirin dan warga emas.Majlis tamat pada pukul 10.15 malam.































































0 ulasan:

Catat Ulasan