Rabu, 6 November 2013

PEMANTAUAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2013

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 4:46 PTG

PEMANTAUAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2013 telah dijalankan pada 22 Oktober 2013 oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan. Tujuan program ini adalah untuk memastikan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) telah dilaksanakan dan membuat tinjauan mengenai masalah-masalah yang dihadapi dan keberkesanan operasi sistem ini diperingkat sekolah.


 












PERTANDINGAN ANUGERAH TANDAS BERSIH 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 3:58 PTG

PERTANDINGAN ANUGERAH TANDAS BERSIH 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pertandingan ini diadili pada 2 Oktober 2013.
Projek Tandas Bersih ini dilaksanakan bagi mewujudkan budaya tandas bersih dan ceria di kalangan warga SK Seri Sentosa serta memantapkan dan mempelbagaikan penggunaan tandas secara maksimum. Pelbagai program serta kempen telah dirangka dengan merentas pelbagai aspek iaitu kurikulum, kokurikulum, serta sahsiah bagi memastikan keberhasilan murid yang seimbang selaras dengan keperluan semasa.


                                                     

 







   

PERTANDINGAN IMARAH MUSOLLA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 11:31 PG

PERTANDINGAN IMARAH MUSOLLA PERINGKAT KEBANGSAAN2013. Pemantauan telah dibuat oleh para hakim pada 1 Oktober 2013. Pertandingan ini merupakan julung kalinya bagi SK Seri Sentosa. Pelbagai program serta kempen telah dirangka dengan merentas pelbagai aspek iaitu kurikulum, kokurikulum, serta sahsiah bagi memastikan keberhasilan murid yang seimbang selaras dengan keperluan semasa. Untuk merealisasikan hasrat tersebut  PIBG sekolah telah menyumbangkan keringat dan bantuan bagi mengimarahkan musolla SK SERI SENTOSA ini