Sabtu, 18 Februari 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

Posted by ADMIN On 4:07 PTG

18 Februari 2012 - Bertempat di Dewan Terbuka SK Seri Sentosa, Nibong Tebal, Pulau Pinang, telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) 2012 yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam akademik dan menjaga sahsiah diri sepanjang tahun 2011. Ia juga dilaksanakan sebagai satu penyuntik semangat kepada murid-murid lain untuk bersaing dan medapat penganugerahan pada tahun hadapan.

Program ini telah bermula dengan sambutan para tetamu kehormat dengan paluan kompang dari pasukan kompang SK Seri Sentosa yang telah di latih oleh guru-guru SK Seri sentosa sendiri. Seterusnya para tetamu kehormat dan hadirin berdiri dan menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang.Program diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasnul Rusli Bin Mohd Johor. 
SAMBUTAN TETAMU KEHORMAT

Doa dan Nasyid

HAK 2012 telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohd Salleh Bin Mat Disa. Apa yang menarik pada tahun ini, Pelancaran Laman Ilmu turut dilakukan. Laman ini adalah merupakan satu kawasan yang kondusif untuk pembelajaran kendiri telah diwujudkan oleh guru-guru sekolah ini untuk memberi pengalaman belajar yang baik kepada murid-murid SK Seri Sentosa.
PELANCARAN LAMAN ILMU SK SERI SENTOSA

Program ini telah diserikan oleh pelbagai pertunjukan kebudayaan yang dijayakan oleh murid-murid SK Seri Sentosa dari peringkat Pra-Sekolah hinggalah murid-murid Tahun 6 dan Program Pendidikan Khas Intergrasi. Persembahan-persembahan ini di adakan untuk memberi peluang kepada murid-murid membina keyakinan diri untuk berhadapan di khalayak ramai. Pembinaan keyakinan diri ini amat penting dalam membentuk keperibadian yang cemerlang dalam pembelajaran dan sahsiah diri murid-murid.
Boria


Tarian 1 Malaysia


Persembahan Pra-Sekolah