Rabu, 28 Mac 2012

Pelancaran Program Nilam

Posted by ADMIN On 5:07 PTG

28 Mac 2012 - Telah berlangsungnya Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa. Program Nilam adalah merupakan program peringkat kebangsaan yang diwajibkan kepada semua sekolah-sekolah seluruh negara.

Program ini bertujuan untuk memberi galakan dan mewujudkan persaingan untuk membaca dengan lebih banyak buku. Seterusnya diharapkan ia akan mewujudkan satu budaya membaca yang sebati dengan diri murid-murid. Program ini telah di rasmikan oleh Tuan Guru Besar, Pn Che Jamaliah Binti Hj. Musa.

Di SK Seri Sentosa, para guru yang terlibat dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berterusan telah memilih kaedah pertandingan di mana murid-murid yang membuat bacaan terbanyak akan diberikan hadiah. Pada majlis pelancaran ini, telah ditunjukkan kepada murid-murid apakah hadiah yang bakal mereka menangi agar ia menjadi salah satu pendorong untuk mereka membaca.

Selain ini, maklumat berkaitan program ini telah turut disampaikan kepada murid-murid. Sesudah itu, murid-murid diberi peluang untuk merebut hadiah kuiz maklumat Program Nilam.

Sabtu, 24 Mac 2012

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah

Posted by ADMIN On 1:04 PTG

24 Mac 2012 - Murid-murid SK Seri Sentosa telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Daerah Seberang Perai Selatan. Keputusan majlis telah diumumkan. Aini Sumaiyah dari SK Seri Sentosa telah berjaya menunjukkan kemahiran tilawah yang baik telah dianugerahkan dengan tempat pertama pada majlis tersebut. Manakala Danial telah mendapat tempat ke dua dalam pertandingan bercerita dan Aisal tempat ke tiga kategori hafazan.

Ini merupakan satu program tahunan yang tidak akan Panitia Agama Islam SK Seri Sentosa abaikan. Ini adalah kerana program ini banyak membantu murid menjadi lebih matang dan berketerampilan. Keyakinan diri yang wujud dalam diri murid-murid menggalakkan lagi proses pembelajaran kendiri yang merupakan sasaran pendidikan di Malaysia.