Sabtu, 1 September 2012

Diet Mengikut Jenis Darah

Posted by ADMIN On 1:05 PTG

Diet Mengikut Jenis Darah

Diet yang agak baru popular adalah diet mengikut jenis darah. Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisa genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang disebut lektin. Lektin merupakan protein yang ditemui dalam pelbagai makanan, mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi apabila anda makan makanan yang mengandungi lektin protein yang tidak sesuai dengan jenis darah anda, lektin mula mengaglutinasi sel-sel darah. Lektin banyak ditemui dalam makanan tidak begitu mengancam kehidupan walaupun mereka boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.



Darah O

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
Tenusu
Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya Semua produk tenusu dan yogurts
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, sesame Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
Bijirin Biji  labu, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tanah, pistachio, biji poppy
Kacang Kacang azuki, black-eyed peas Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
Gandum Roti essene, roti Ezekiel Bali, nasi Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
Sayur Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut Tomato Terung, jagung, avocado
Buah Plums, prunes Anggur, kebanyakan beri Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
Rempah Kari, garam, cayenne pepper
White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
Perasa
Chocolate, madu, cocao Sos tomato, mayonis
Air Soda, tea Bir, wine Kopi, black tea

Darah A

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein
Ayam, ayam belanda Daging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik
Makanan Laut Cod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Barracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura
Tenusu
Yogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambing Semua jenis keju yang lain dan susu
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, minyak cod liver Minyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame
Bijirin Kacang, labu Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang Brazil, cashew, pistachio
Kacang Kacang hijau, kacang hitam, black-eyed peas
Tamarind, kacang merah
Gandum Buckwheat, amaranth
Graola, wheat germ, wheat bran, durum wheat
Roti & Mi Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
Sayur Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu
Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant
Buah Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon
Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine
Rempah Tamari, miso, sos soya, halia
Vinegar, pepper
Perasa

Sos tomato, mayonis
Minuman Aloe vera, green tea, red wine, kopi
Bir, soda, black tea

Darah B

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, kijang, arnab Lembu, ayam belanda, rusa Ayam, itik, babi
Makanan Laut Cod, salmon, halibut, sole Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Keju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurt Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Aiskrim
Lemak Minyak zaitun
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Cashew, pine, pistachio
Kacang

Black-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam
Gandum Oatmeal, nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Wheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal)
Roti Roti, beras perang, kek nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bagel, muffin, roti multi-grain, soba
Sayur Sayur hijau Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Tomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu
Buah Nenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plum Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kelapa, belimbing, pear
Rempah Kari, cayenne pepper Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Perasa

Sos tomato, mayonis
Minuman Ginger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licorice
Aloe vera, soda

Darah AB

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, arnab, ayam belanda Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang
Makanan Laut Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Keju america, aiskrim, susu penuh
Lemak Minyak zaitun
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin Peanut, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Filbert, biji labu, biji sesame
Kacang

Lima
Gandum Millet, oat bran, oatmeal, rye Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Jagung, buckwheat, kasha, soba
Sayur Broccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yam Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Artichoke, avocado, jagung, lima, cili
Buah Anggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwi
Manga, jambu, kelapa, pisang, oren
Rempah Kari, miso Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Esktrak almond, barli, tapioca
Minuman Licorice, red wine, dandelion, kopi, green tea
So
 

Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah

Posted by ADMIN On 12:55 PTG

Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah


Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah

Sewaktu anak-anak anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan semakin rapat dengan rakan barunya, anda mungkin menyedari perubahan dalam pilihan makanan dan tabiat makannya. Sebagai contoh, mereka mungkin enggan makan, makan terlalu sedikit atau banyak makan makanan ringan yang kurang berkhasiat.

Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi perubahan ini berpunca daripada lebih kebebasan dan berdikari yang dirasai oleh kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan. Ramai ibu bapa merasakan bahawa oleh kerana anak-anak mereka sudah cukup ‘besar’ untuk pergi ke sekolah, mereka juga telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri. Di sinilah punca permulaan masalah.

Bermula dari rumah
Anak-anak yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi. Mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan di sekolah dan terlibat dalam aktiviti di luar kurikulum. TV dan komputer menjadi teman setia apabila mereka pulang ke rumah. Besar kemungkinan inilah sumber utama yang mempengaruhi mereka, tetapi bukan orang yang paling penting dalam hidup mereka pada masa ini – iaitu anda.

Namun demikian, anak anda masih menjadikan anda sebagai suri teladan mereka. Gunakan kelebihan ini untuk mengajar mereka di rumah tentang kebaikan dan khasiat pemakanan, tabiat makan yang sihat, dan aktif dalam aktiviti fizikal. Dengan berbuat demikian, anda akan mempengaruhi pilihan makanan mereka apabila mereka berada di luar. Lebih penting lagi, anda juga mempengaruhi pilihan makanan mereka pada masa hadapan.

Anda boleh memperkasakan anak-anak anda untuk membuat pilihan yang bijak dalam soal makanan dengan:

1.    Memperkasakan diri anda
Dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor keluarga anda bagi memperkasakan diri anda dengan pengetahuan mengenai asas pemakanan yang sihat dan cara terbaik untuk memberi anak anda makan. Anda juga boleh membaca tentang pemakanan yang sihat untuk melengkapkan diri anda dengan maklumat yang betul. Anda akan lebih berkeupayaan untuk mengajar dan memperkasakan anak-anak anda apabila anda sendiri yakin dengan pengetahuan yang diperolehi.

2.    Menjadi suri teladan
Oleh kerana anak anda mudah terpengaruh, anda perlu berusaha untuk menjadi contoh yang baik dalam soal pemakanan dan cara hidup yang sihat. Ini termasuk mengamalkan tabiat makan yang baik, gaya hidup aktif dan menjaga kebersihan diri. Sebagai contoh, apabila anda makan sayur, pastikan anda tidak lupa untuk memberitahunya betapa lazat dan sihatnya sayur yang anda makan. Besar kemungkinan anak anda akan mengikut jejak anda dan mula makan sayur!

3.    Mulakan dari kecil
Anda perlu mula menyemai tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda sejak mereka kecil. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, tetapi penting. Sebagai contoh, pastikan dia mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Anda juga boleh menyediakan makanan dengan cara yang sihat supaya dia boleh mengamalkan tabiat makan yang sihat sejak kecil. Atau, anda boleh menjelaskan kepadanya tentang pentingnya makanan dan snek. Beritahunya bahawa makanan harian ini akan bermanfaatkan kesihatan dan akan membolehkannya membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang kuat dan pintar. Ini akan meningkatkan kemungkinan anak untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang bijak bukan sahaja di sekolah, tetapi juga sepanjang hayatnya.

4.    Jangan putus asa!
Salah satu cara penting untuk menyemai pengetahuan tentang pemakanan yang baik ialah dengan bersabar. Jangan putus asa jika anak anda masih tidak mahu makan sayuran walaupun sudah 5 kali diminta! Bersabarlah dan terus mencuba lagi. Lama-kelamaan, selepas dipujuk, mereka pasti akan makan sayur yang anda sediakan. Ini pasti merupakan satu kejayaan bagi anda berdua!

Petua yang praktikal dan menyeronokkan
Semasa berusaha untuk memperkasakan anak anda untuk membuat pilihan makanan yang betul dan mengamalkan tabiat makan yang sihat, anda boleh menggunakan cara yang menyeronokkan anak (dan anda juga). Pembelajaran tentang pemakanan sihat tidak semestinya membosankan. Batasan yang dihadapi adalah hanya imaginasi anda sendiri. Petua berikut sedikit sebanyak dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih menyeronokkan!

  • Berbelanja bersama
Ini adalah peluang baik untuk mendidik anak tentang makanan mentah, seperti sayur-sayuran, supaya dia dapat mengenal bau dan teksturnya. Kanak-kanak bersifat ingin tahu tentang segala-gala yang ada di sekeliling mereka, dan ini lebih memudahkan anda untuk menerangkan kebaikan makanan tertentu. Ajar mereka tentang khasiat kebaikan yang disenaraikan pada bungkusan makanan. Contohnya, anda boleh mengambil sekotak bijirin bijian penuh dan menerangkan tentang kebaikan kepada kesihatan makanan seperti ini..

  • Masak bersama
Sebagai permulaan, anda boleh menyediakan sarapan bersama anak pada hujung minggu. Peringkat usia sekolah rendah adalah paling sesuai untuk belajar tentang pemakanan yang sihat, kerana mereka sentiasa berminat untuk belajar perkara baru, lebih-lebih lagi mengenai makanan dan pemakanan. Mereka juga berminat dan berupaya untuk membantu anda di dapur dengan melakukan kerja yang mudah seperti membasuh buah-buahan atau memotong sayur-sayuran. Mereka akan lebih berminat untuk merasa makanan yang mereka sendiri sediakan kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk memberitahu seisi keluarga mengenainya!

  • Makan bersama
Galakkan keluarga anda untuk makan bersama setiap hari. Waktu makan adalah masa paling baik untuk mengeratkan hubungan dengan anak anda, bertanya khabar dan berkongsi aktiviti harian. Pastikan suasana pada waktu makan bersama keluarga santai dan menyeronokkan. Anak anda akan lebih berselera makan dalam suasana yang positif.

  • Main bersama
Bermain dengan anak adalah cara yang baik untuk anda sekeluarga melakukan aktiviti fizikal. Anda boleh membawa mereka ke padang atau taman permainan dan menggunakan kemudahan yang terdapat di sana. Anda juga boleh menggalakkan mereka menyertai permainan berkumpulan seperti badminton. Bersiar-siar bersama keluarga seperti berkelah atau berjoging juga dapat merangsang kecergasan mental dan fizikal!

  • Berkomunikasi bersama
Sentiasa luangkan masa untuk berbual dan mendengar rintihan atau luahan hati anak anda. Anda boleh bertanya tentang makanan yang dimakan oleh rakan sekelasnya, sama ada dia suka makanan seperti itu atau gemar menyertai sesi pembelajaran fizikal di sekolah. Perbualan tidak semestinya mengenai makanan. Anda boleh berbual tentang banyak perkara lain yang dapat merapatkan hubungan anda dengannya. Ingatlah, komunikasi mesti dua hala… jadi, beri peluang kepada anak untuk bercakap!

Keputusan untuk mula mendidik anak anda tentang pemakanan yang sihat bermula dengan anda. Ingatlah, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk berbuat demikian kerana anak anda membesar dengan cepat. Anak anda memerlukan pemakanan yang sempurna sekarang. Jadi, mulakan hari ini… beri mereka makanan yang betul, ajar mereka tentang makanan yang baik dan tanamkan rasa cinta terhadap aktiviti fizikal.


Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.

Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?

Posted by ADMIN On 12:47 PTG

Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?


Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?

 Adakah anda biasa dengan senario ini?

Kasim suka snek manis
Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan
Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk
Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”


Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.


Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?
Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

  • Makan secara berlebihan
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

  • Kekurangan zat makanan 
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1.    Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

 2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.


Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa 2012

Posted by ADMIN On 3:11 PTG

3 Ogos 2012 - Majlis Berbuka Puasa telah diadakan bagi merapatkan silaturrahim dikalangn guru, kakitangan dan murid-murid SK Seri Sentosa serta Kelab Rukun Tetangga Taman Sri Sentosa. Majlis telah diadakan dengan secara bersederhana. Jalinan muhibbah untuk eratkan silaturrahim jiran bersebelahan, 1 Malaysia. Dihadiri kaum Melayu, India dan Cina.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa yang diadakan di surau sekolah pada kira-kira jam 6.45 petang. Seterusnya para hadirin bergerak ke kantin sekolah untuk berbuka puasa. Setelah selesai menjamu selera, semua yang hadir bergerak semula ke surau untuk menunaikan fardhu solat Maghrib secara berjemaah.Selesai solat Maghrib, para hadirin bersurai.













Jumaat, 20 Julai 2012

Penghayatan Ramadhan & Motivasi Pizza

Posted by ADMIN On 12:45 PTG

20 July 2012 - Bersempena bulan Romadhon yang mulia, Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif dengan menjemput Ustaz Hanis untuk memberi ceramah pendedahan berkaitan kebaikan dan keberkatan bulan yang mulia ini.

Setelah selesai ceramah penghayatan Romadhon, pihak sekolah bersama-sama dengan PIBG telah mengadakan satu majlis menghadiahkan murid-murid yang mendapat A dalam sebarang matapelajaran. Ia merupakan satu kaedah peneguhan positif yang difikirkan dapat memberi perangsang dan kenangan positif. Adalah menjadi harapan ia dapat menaikkan semangat berlumba-lumba dikalangan murid-murid untuk menjadi yang terbaik.

 
 
 
 


Selasa, 10 Julai 2012

JOHAN EUREKA PULAU PINANG

Posted by ADMIN On 1:13 PTG


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA
14300 NIBONG TEBAL
LAPORAN KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI
(EUREKA) / 2012

Pengenalan

Satu Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi 2012 kategori (EUREKA) telah diadakan  dengan tajuk Eureka REEE.  Karnival ini bertemakan Renewable Energy and Energy Efficient Beach House.  Aktiviti yang dijalankan adalah menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.

Objektif

Objektif karnival ini adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada murid-murid di tahun empat dan lima mengenai  renewable energy, dapat menyenaraikan sumber-sumber energy dan dapat mengaplikasikan kecekapan tenaga  yang diperbaharui dalam kehidupan seharian secara optimum.

Pelaksanaan

Karnival  Pendidikan Sains dan Teknologi ini telah dijalankan pada:      
Tarikh                     :               10, 11 dan 12 Julai  2012
Venue                    :               SMK Seri Nibong, Nibong Tebal.

Ketegori

Terdapat dua bahagian di dalam pertandingan ini iaitu :
i)                     Merekacipta rumah pantai yang  dilengkapi dengan  ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber-sumber semulajadi secara optimum
ii)                   Menghasilkan Power Point berdasarkan  rumah yang dibina.

Peserta

Terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 iaitu dua murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Mereka ialah :
  1. Muhammad Danieal bin Ibrahim
  2. Helmi bin Abdul Halim
  3. Nurzeti Fatini bt Zunnawal
  4. Nurhashimah Jamrah binti Musa
Guru Penasihat
  1. Pn. Hajjah Zaiton bt Mat Zain (Ketua Panitia Sains)