Rabu, 27 Ogos 2014

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2014

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 7:35 PTG











Rabu, 6 November 2013

PEMANTAUAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2013

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 4:46 PTG

PEMANTAUAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2013 telah dijalankan pada 22 Oktober 2013 oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan. Tujuan program ini adalah untuk memastikan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) telah dilaksanakan dan membuat tinjauan mengenai masalah-masalah yang dihadapi dan keberkesanan operasi sistem ini diperingkat sekolah.


 












PERTANDINGAN ANUGERAH TANDAS BERSIH 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 3:58 PTG

PERTANDINGAN ANUGERAH TANDAS BERSIH 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pertandingan ini diadili pada 2 Oktober 2013.
Projek Tandas Bersih ini dilaksanakan bagi mewujudkan budaya tandas bersih dan ceria di kalangan warga SK Seri Sentosa serta memantapkan dan mempelbagaikan penggunaan tandas secara maksimum. Pelbagai program serta kempen telah dirangka dengan merentas pelbagai aspek iaitu kurikulum, kokurikulum, serta sahsiah bagi memastikan keberhasilan murid yang seimbang selaras dengan keperluan semasa.


                                                     

 







   

PERTANDINGAN IMARAH MUSOLLA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 11:31 PG

PERTANDINGAN IMARAH MUSOLLA PERINGKAT KEBANGSAAN2013. Pemantauan telah dibuat oleh para hakim pada 1 Oktober 2013. Pertandingan ini merupakan julung kalinya bagi SK Seri Sentosa. Pelbagai program serta kempen telah dirangka dengan merentas pelbagai aspek iaitu kurikulum, kokurikulum, serta sahsiah bagi memastikan keberhasilan murid yang seimbang selaras dengan keperluan semasa. Untuk merealisasikan hasrat tersebut  PIBG sekolah telah menyumbangkan keringat dan bantuan bagi mengimarahkan musolla SK SERI SENTOSA ini





















Jumaat, 2 Ogos 2013

Majlis Berbuka Puasa SKSSn 2013

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 9:32 PG

Pada hari Rabu 31 Julai 2013 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa warga SK Seri Sentosa bersama warga emas yang diraikan.
Majlis dimuliakan dengan ucapan YDP PIBG dan ucapan Guru Besar, diikuti dengan pemberian beras (fidiah) yang disumbangkan kepada warga emas yang hadir
Majlis Berbuka Puasa ini adalah anjuran dari gabungan dan kerjasama daripada Panitia Pendidikan Islam, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Panitia Pendidikan Sivik dan juga seluruh warga SKSSn.
Warga Emas yang diraikan terdiri daripada penduduk setempat  dan juga didatangkan khas dari Pondok Sungai Bakap bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Solat magrib, insyak dan solat sunat terawih berjemaah turut dilaksanakan bersama-sama hadirin dan warga emas.Majlis tamat pada pukul 10.15 malam.































































Selasa, 30 Julai 2013

Karnival Permainan 'Congkak Gergasi'

Posted by Admin SK Seri Sentosa On 1:09 PTG

Karnival Permainan 'Congkak Gergasi'
- satu program karnival Permainan yang dikendalikan oleh guru-guru praktikum IPG Tuanku Bainun merupakan satu karnival permainan yang julung-julung kalinya diadakan di SK Seri Sentosa merupakan congkak gergasi yang terbesar di negeri Pulau Pinang.
- Perasmian dilakukan oleh Pn. Hajjah Che Jamaliah bt Hj. Musa  iaitu GB SK Seri Sentosa