Rabu, 28 September 2011

JAMUAN RAYA PRA 2011

Posted by ADMIN On 9:51 PTG

28 September 2011 - Bahagian Pra Sekolah telah mengadakan jamuan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jamuan ini telah adakan bukan sekadar menyambut perayaan tersebut malah merupakan sebahagian daripada Pembelajaran dan Pengajaran bagi memberi pengalaman kepada murid-murid terutama bagi yang bukan beragama Islam.

Selasa, 6 September 2011

PROGRAM JALUR GEMILANG

Posted by ADMIN On 11:24 PG

6 September 2011 - Guru Besar SKSSn dan para guru telah menjalankan program menghasilkan jalur gemilang terpanjang untuk SKSSn. Program ini telah mendapat sokongan dan kerjasama semua guru.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat Merdeka dikalangan para guru disamping mengeratkan silaturrahim dan kesefahaman dikalangan para guru.