Jumaat, 15 Februari 2013

LAWATAN SK TASEK PERMAI

Posted by ADMIN On 10:45 PG

15hb Februari 2013 - Satu lawatan oleh pentadbir dan guru-guru SK Tasek Permai melihat kejayaan SK Seri Sentosa melakukan transformasi ke atas tandas sekolah sehingga ke satu tahap yang membanggakan dan berjaya memberi mesej yang jelas kepada murid-muridnya untuk menjaga kebersihan persekitaran serta diri sehinggalah ke dalam tandas. Mereka juga turut melawat Pusat Sumber dan Pusat Akses sekolah serta seterusnya bergerak ke kantin untuk melihat persekitaran kantin yang bertaraf "A" dan menjamu selera yang telah disediakan.