Khamis, 19 April 2012

Johan Tilawah Al-Quran Negeri Pulau Pinang.

Posted by ADMIN On 9:34 PG

18 - April - 2012 : Bertempat di SMK Teluk Bahang, Pulau Pinang, telah berlangsung Majlis Taddarus Al-Quran Sekolah-Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang dengan tema "Al-Quran Menjana Tranformasi Ummah.". Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Haji Ahmad Tarmizi Bin Kamaruddin selaku Pengarah Pelajaran Pulau Pinang.
 
Aini Sumaiyah Bt Shah Minawar dari SK Seri Sentosa telah menjadi Johan Tilawah kategori perempuan dan akan mewakili negeri Pulau Pinang ke majlis peringkat kebangsaan pada bulan Mei akan datang.  Kejayaan ini telah dimangkinkan oleh guru pembimbing iaitu Ustazah Azziany yang telah bersama dengan murid untuk memberi tunjuk ajar dan perangsang.
 





 

Sabtu, 14 April 2012

Pertandingan Kawad Kaki

Posted by ADMIN On 7:29 PTG

14 April 2012 - Bertempat Batalion 2, PGA Polis Di Raja Malaysia Kulim telah berlangsungnya satu Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Seberang Perai Selatan yang telah menyaksikan 7 buah pasukan mempamerkan kemahiran kawad kaki mereka.

SK Seri Sentosa tidak melepaskan peluang ini untuk memberi pengalaman yang berguna ini kepada murid-muridnya. Pertandingan ini telah memberi motivasi kepada murid-murid untuk mendalami ilmu kawad kaki yang secara tidak langsung berjaya membentuk peribadi yang berdisiplin dan mematuhi arahan.

Berkat usaha para guru SK Seri Sentosa yang telah bertungkus lumus selama hampir sebulan melatih pasukan kawad kaki sekolah, pasukan ini telah muncul sebagai pemenang tempat ke-3.


 (Gambar Ihsan dari Ustaz Hasnul)