Khamis, 31 Januari 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

Posted by ADMIN On 11:01 PG

31 JANUARI 2013 - Majlis Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 telah berlangsung di Dewan Terbuka SK Seri Sentosa yang telah dirasmikan oleh YBHG Dato' Haji Zainal Abidin Bin Haji Osman.

 Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah untuk prestasi UPSR 2012 yang memberangsangkan.Ini mengambarkan keperihatinan para guru dan sikap ibu bapa yang mengambil berat hal ehwal pelajaran anak-anak. Beliau amat berharap hubungan yang erat antara guru dan ibu bapa harus diteruskan dan dieratkan agar gandingan yang mantap demi masa depan anak-anak.

Beliau juga berharap para ibu bapa bersyukur dengan segala pemberian daripada kerajaan sedia ada dengan mengenepikan isu perbezaan fahaman politik serta lebih menfokuskan untuk memperbaiki diri sendiri yang mampu memberi perubahan positif kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.








Rabu, 30 Januari 2013

MAULIDUR RASUL 2013

Posted by ADMIN On 1:41 PTG


30 JANUARI 2013 - Panitia Pendidikan Agama Islam Sek. Keb. Seri Sentosa telah menganjurkan satu program penghayatan Islam bersempena dengan sambutan maulidur Rasul 1434 Hijrah. Program ini bermula dengan selawat serta salam sebagai tanda kasih dan sayang serta mengenang jasa Insan utusan Allah S.W.T untuk menyampaikan panduan hidup selamat di dunia dan di akhirat iaitu junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Program ini diteruskan dengan suatu ceramah oleh penceramah yang dijemput khas bagi menceritakan dan mengajak murid-murid yang beragama Islam menghayati pengertian sebenar Islam. Dalam ceramah tersebut, murid-murid telah di ajak untuk menyelamai persoalan kewujudan Allah S.W.T, Takdir dan tipu daya syaitan.

Program turut dihadiri oleh Guru Besar SKSSn, guru-guru dan lebih dari 200 orang murid telah sama-sama menjayakan program ini.