Jumaat, 22 Julai 2011

Taman Herba

Posted by ADMIN On 12:34 PTG

  Disediakan oleh : Pn. Hjh. Zaiton Bin Mat Zain


Nama Tempatan         :       Pokok Bisa Ular

Nama Saintifik            :       Sphenodesme Pentandra


Pokok bisa ular merupakan tumbuhan renek yang ketinggian sekitar 2m. Batang dan ranting pokok ini mempunyai duri yang panjang dan tajam. Ia mengeluarkan bunga yang berbentuk corong. Daun pokok ini yang dilumatkan dan ditampal pada tempat yang terkena patukan ular, dapat mengurangkan sakit akibat bisa ular

Nama Tempatan          :         Hempedu Bumi (pokok akar cerita)

Nama Saintifik             :         Andrographis Paniculata


Adalah sejenis pokok yang banyak dijumpai di India, Thailand dan mudah dijumpai di tanah gambut.

Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Nama Tempatan   :           Ubi Larut  (Ubi Bemban)

Nama Saintifik     :           Stachyphyniu griffithii



Pokok ini bukan daripada spesis ubi tetapi di Utara ianya dikenali dengan nama ubi larut. 'Ubi' atau yang sebenarnya rizom pokok boleh dikisar dan airnya diminum untuk menyejukkan badan.


 






Nama Tempatan        :  Kucing Galak
Nama Saintifik           :  Acalypha Indica



Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India.Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 -1 m.Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya.


Digunakan dengan meluas dalam perubatan homopati.Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkanb tenaga batin.


 Nama Tempatan:Gandarusa (Daun Rusa)
 Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn


 Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar dikawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal.Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau.Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau.


Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul.cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum.Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga.


 Nama Tempatan:Bayam karang


Pokok ini senang di jumpai dibelukar dan mudah membiak melalui keratan batang.

Digunakan untuk merawat penyakit batu karang dengan cara merebus daunnya hingga mendidih dan airnya diminum.


Nama Tempatan: Halia Bara
Nama Saintifik:Zingiber Officinale Var Rubrum

Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan.

Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina.Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua ketinggian.Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber officinale var rubrum.

  
KK TAMAN HERBA