Sabtu, 14 Mei 2011

Kursus Pengurusan Jenazah

Posted by ADMIN On 12:01 PTG

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus pengurusan jenazah telah diadakan pada 14 Mei  2011  yang lalu. Kursus ini melibatkan semua murid Tahun 5 & 6 yang beragama Islam . Tujuan kursus ini adalah  sebagai salah satu  alternatif yang baik untuk mendedahkan pelajar bagaimana mengurus jenayah yang betul.Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah bagi masyarakat Islam disekeliling apabila seorang Islam  meninggal dunia. Jenazah itu wajib dimandikan , dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Selain dari fardhu kifayah, solat jenazah juga merupakan penghormatan terakhir kepada si mati. Objektif kursus ini diadakan ialah :-

1.  Mendedahkan kepada semua pelajar tentang  
     kepentingan mengetahui cara  
     menguruskan jenazah.
2.  Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani
     kehidupan .
3.  Membiasakan pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal
     supaya lebih memahami kursus ini dengan mendalam.

 
Pengurusan Jenazah Lelaki
 
Pengurusan Jenazah Wanita

Disediakan oleh : Pn. Norzalifah Binti Ibrahim