09 May 2011 - Panitia Sains dan Matematik telah mengadakan satu bengkel menghasilkan nota dengan menggunakan kaedah peta minda. Kaedah ini diperkenalkan kepada murid-murid kerana ia dapat membantu murid mendapat idea keseluruhan topik dan memudahkan proses mengingat dan capaian semula.
Peta minda dapat mengelakkan murid daripada keliru dengan konsep-konsep yang hampir sama. Ia juga menggunapakai kepelbagaian warna yang dapat merangsang minda murid dan mengelakkan murid daripada mudah berasa bosan semasa proses ulangkaji.
Proses penghasilan peta minda juga melibatkan kepelbagaian deria yang mampu merangsang dan mengukuhkan ingatan berkaitan topik yang dipelajari.
Isnin, 9 Mei 2011
BENGKEL PETA MINDA
Posted by ADMIN
On 7:07 PTG