27 Julai 2011 - Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Seri Sentosa, Pn Hjh. Che Jamaliah Binti Hj. Musa telah melancarkan pondok bacaan dan taman herba yang telah diusahakan oleh guru-guru. Pelancaran telah disempurnakan dengan acara memotong ribbon dan melepaskan ikan kedalam kolam berhampiran sebagai menandakan harapan yang besar terhadap pondok dan taman ini.
Pondok bacaan yang kreatif dan inovatif ini, mampu menarik minat para murid untuk datang dan menimba ilmu dengan membaca buku serta bahan pameran yang edukatif. Penggunaan media yang berbeza-beza menimbulkan suasana luar biasa yang tiada di tempat lain. Idea pondok ini telah dicetuskan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber dan telah melibatkan semua panitia di SK Seri Sentosa.
Dengan kewujudan taman herba berdekatan dengan pondok bacaan ini, ia berjaya mewujudkan satu suasana yang eksotik disamping menimbulkan minat para murid malah para guru untuk mengenali herba-herba yang dapat digunakan sebagai ubat didalam perubatan tradisional penduduk Malaysia.
Ia merupakan satu lagi langkah pihak sekolah untuk merangsang pemikiran murid agar lebih kreatif, kritis dan inovatif.
0 ulasan:
Catat Ulasan