08 Julai 2011 - Bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, satu mesyuarat dan majlis perasmian penubuhan "Multi-Disiplinary Team" yang bertujuan untuk memperkasakan Program Pendidikan Khas Intergrasi.
Ia merupakan satu projek rintis untuk membina satu model kerjasama antara PPKI dan bidang keparan yang berkaitan. Ia telah dihadiri oleh lebih 30 wakil daripada pelbagai jabatan dan institusi kerajaan. Kepelbagaian kepakaran ini diharap dapat membuka peluang yang lebih luas kepada ibu bapa mendapatkan pengetahuan dalam memberi pendidikan yang bermakna kepada anak-anak mereka.