Rabu, 23 Mac 2011

Memancing Ikan

Posted by ADMIN On 2:05 PTG

AKTIVITI DI LUAR KELAS
MEMANCING IKAN

Pada 22 Mac 2011 (Selasa) satu aktiviti di luar kelas telah dijalankan. Aktiviti tersebut telah dijalankan di dewan sekolah SKSSn. Aktiviti ini bertujuan untuk memahirkan dan menajamkan psikomotor kasar, halus serta koordinasi mata dan tangan. Aktiviti ini memberi peluang kepada semua murid khas Program Pendidikan Khas Integrasi PPKI SKSSn menjalani sesi pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi peluang mereka bersosialisasi bersama rakan-rakan dan persekitaran di dalam kawasan sekolah. Aktiviti ini telah dimulakan jam 8.45 pagi dan tamat pada jam 9.30 pagi.