Rabu, 23 Mac 2011

Program Kesihatan

Posted by ADMIN On 1:39 PTG No comments

PROGRAM KESIHATAN
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
GOSOK GIGI
MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Program kesihatan ini dilaksanakan bersama dengan Pusat Kesihatan Pergigian Nibong Tebal pada 09 Mac 2011 iaitu pada hari Rabu bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan gigi dilakukan terlebih dahulu. Semua Murid Khas mengambil bahagian. Pelbagai ragam dan karenah ditunjukkan. Namun demikian segala masalah dapat diatasi dengan jayanya. Program ini dapat memberi pelajaran baru kepada murid-murid khas PPKI SKSSn mengenai bagaimana penjagaan gigi yang betul dan betapa pentingnya kebersihan gigi. Muri-murid ini juga dibekalkan dengan berus dan ubat gigi percuma. Kakitangan Pusat Kesihatan Pergigian Nibong Tebal telah memberi perkhidmatan dan kerjasama yang begitu baik terhadap murid-murid khas ini. Sekalung penghargaan ucapan ribuan terima kasih kepada kakitangan Pusat Kesihatan Pergigian Nibong Tebal. Di harapkan agar program ini dapat diteruskan pada setiap tahun dan dijadikan agenda penting dalam perancangan tahunan Program Pendidikan Khas Integrasi SKSSn. Syabas diucapkan………….


0 ulasan:

Catat Ulasan