Selasa, 29 Mac 2011

Peta Sekolah

Posted by ADMIN On 8:57 PG


View SK Seri Sentosa in a larger map

Ahad, 27 Mac 2011

KURSUS KEPIMPINAN DAN MOTIVASI PENGAWAS SEKOLAH SKSSn 2011

Posted by ADMIN On 9:11 PG

PROGRAM: KURSUS KEPIMPINAN DAN MOTIVASI PENGAWAS SEKOLAH SKSSn 2011

Laporan disediakan oleh   :  Puan Norzalifah bt ibrahim

ANJURAN          :UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN AJK DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH.
PENGLIBATAN: SEMUA PENGAWAS SKSSn

PENDAHULUAN
                        Pengawas sekolah adalah salah elemen yang penting kepada pentadbiran di sesebuah sekolah. Pengawas diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu guru-guru dan pentadbir sekolah untuk memastikan murid lain mengikut peraturan sekolah. Dengan kata lain pengawas menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah. Pengawas yang telah dilantik perlu menjalankan tugas yang telah diarahkan oleh guru atau pentadbir sekolah mereka. Oleh itu badan pengawas sangat penting bagi memastikan disiplin murid-murid sentiasa dipatuhi dan murid lain dapat mengikuti peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan

 OBJEKTIF      

1.      Di antara objektif program diadakan ialah supaya seseorang pengawas dapat memahami bidang tugas yang diberikan.
2.      Agar para pengawas dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang cara-cara memimpin murid-murid sekolah dengan baik.
3.      Para pengawas akan dilatih agar sentiasa bersedia dengan  pelbagai kemahiran kepimpinan.
4.      Melalui kursus ini diharapkan agar semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dalam meningkatkan tahap disiplin murid-murid.

 AKTIVITI TELAH DILAKSANAKAN PADA:
TARIKH               :           26 MAC 2011
HARI                  :           SABTU
MASA                :           8:00PAGI HINGGA 12:30 TENGAH HARI
TEMPAT             :           BILIK BSCK SKSSn

 TENTATIF PROGRAM

8:00 pagi           -  Pendaftaran
8:15 pagi           -  Nyanyian Lagu Negaraku
-          Lagu Negeri Pulau Pinang
-          Lagu Sekolah
-          Bacaan Doa
8:30pagi            -  Ceramah 1
-          Penceramah : En Mohd Noor Bin Zainal Abidin
( Tajuk : Undang-Undang dan Peraturan Sekolah)
9:30pagi            -  Ceramah 2
-          Penceramah : En Mohd Noor Bin Zainal Abidin
( Tajuk : Tugas-Tugas Pengawas )
10:30pagi          -  Rehat
11:00 pagi         -   Ceramah 3
-          Penceramah : En Ridzuan Bin Md Isa
( Tajuk : Kepimpinan Dan Nilai-Nilai Murni)
12:30 pagi           -        Bersurai
 
JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM MOTIVASI PENGAWAS SEKOLAH 2011




PENDAFTARAN PELAJAR                   PENCERAMAH
PN. MERIAM BT YUSOF                       EN. RIDZUAN B. MD ISA
                                                             EN. MOHD NOOR B. ZAINAL ABIDIN

SIARAYA                                             JAMUAN
EN. ANISAM B. MD THANI                 PN. ROHALILY BT SHAHARUDIN
EN. MOHD NOOR B. ZAINAL ABIDIN                          
                                                                                                                                            

DOKUMENTASI & LAPORAN
CIK. LAU YEAN PING                                                                              
PN. NALINI A/P JOSEPH                                                                        
EN. MOHD HIZAM B. HUSSIN                                                     


KAWALAN PELAJAR
PN. NORHASHIMAH BT CHE EMBI
PN. CHE PARIDAH BT BAHARI




                                    

Khamis, 24 Mac 2011

Peraturan Kelas Pendidikan Khas

Posted by ADMIN On 1:50 PTG

Prosedur Kemasukan ke Pendidikan Khas

Posted by ADMIN On 1:41 PTG

Syarat Pendaftaran Pelajar Pendidikan Khas

Posted by ADMIN On 1:35 PTG

Buku Pengurusan 2011

Posted by ADMIN On 1:24 PTG

Rabu, 23 Mac 2011

Memancing Ikan

Posted by ADMIN On 2:05 PTG

AKTIVITI DI LUAR KELAS
MEMANCING IKAN

Pada 22 Mac 2011 (Selasa) satu aktiviti di luar kelas telah dijalankan. Aktiviti tersebut telah dijalankan di dewan sekolah SKSSn. Aktiviti ini bertujuan untuk memahirkan dan menajamkan psikomotor kasar, halus serta koordinasi mata dan tangan. Aktiviti ini memberi peluang kepada semua murid khas Program Pendidikan Khas Integrasi PPKI SKSSn menjalani sesi pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi peluang mereka bersosialisasi bersama rakan-rakan dan persekitaran di dalam kawasan sekolah. Aktiviti ini telah dimulakan jam 8.45 pagi dan tamat pada jam 9.30 pagi.  




                




Program Kesihatan

Posted by ADMIN On 1:39 PTG

PROGRAM KESIHATAN
AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
GOSOK GIGI
MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Program kesihatan ini dilaksanakan bersama dengan Pusat Kesihatan Pergigian Nibong Tebal pada 09 Mac 2011 iaitu pada hari Rabu bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan gigi dilakukan terlebih dahulu. Semua Murid Khas mengambil bahagian. Pelbagai ragam dan karenah ditunjukkan. Namun demikian segala masalah dapat diatasi dengan jayanya. Program ini dapat memberi pelajaran baru kepada murid-murid khas PPKI SKSSn mengenai bagaimana penjagaan gigi yang betul dan betapa pentingnya kebersihan gigi. Muri-murid ini juga dibekalkan dengan berus dan ubat gigi percuma. Kakitangan Pusat Kesihatan Pergigian Nibong Tebal telah memberi perkhidmatan dan kerjasama yang begitu baik terhadap murid-murid khas ini. Sekalung penghargaan ucapan ribuan terima kasih kepada kakitangan Pusat Kesihatan Pergigian Nibong Tebal. Di harapkan agar program ini dapat diteruskan pada setiap tahun dan dijadikan agenda penting dalam perancangan tahunan Program Pendidikan Khas Integrasi SKSSn. Syabas diucapkan………….