Guru-guru SK Seri Sentosa dan peniaga kantin telah bersama-sama berusaha menyediakan persekitaran yang selesa disamping makanan yang sihat dan berkhasiat. Kantin bukan sahaja tempat menjamu selera, malah tempat peningkatan ilmu pengetahuan warga SK Seri Sentosa berkaitan kebersihan, amalan pemakanan dan tatacara makan.