Khamis, 20 Mei 2010

Johan Pertandingan Sajak Bahasa Cina 2010

Posted by ADMIN On 12:48 PTG

Johan Pertandingan Sajak 
Bahasa Cina 2010

Matlamat
       Meningkatkan prestasi dan kecemerlangan akademik para pelajar.

Objektif
  • Meningkatkan kemahiran mendeklamasi sajak Bahasa Cina dalam kalangan pelajar.
  • Memupuk minat pelajar dalam apresiasi kesusasteraan Bahasa Cina.
  • Meningkatkan penghayatan pelajar terhadap sajak Bahasa Cina.
  • Memupuk nilai-nilai murni dan budi bahasa dalam kalangan pelajar.
  • Mengeratkan perhubungan antara kaum.


·    Persediaan bahan
Tajuk sajak yang dipilih ialah 我有个秘密(saya ada satu rahsia. Guru BCSK mengubahsuai sajak yang dimuatturut dari internet supaya sajak itu menjadi lebih menarik.

·         Memilihan peserta
Murid yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini ialah Muhammad Daniel B. Ibrahim (3B), Sharvinnis A/P Siva (3B) dan Nor Sorfina Bt. Ros Azlan (2B).

·         Latihan
Guru memberi penerangan kepada murid-murid dan menunjukkan teknik-teknik yang sesuai untuk mendeklamasi sajak ini. Murid-murid menjalankan latihan di dalam kelas setiap hari. Sebelum pertandingan, murid-murid membuat latihan di atas pentas supaya dapat menyesuaikan diri menggunakan microphone untuk mendeklamasi sajak.



Pertandingan Pusingan Awal di SJK (C) Shang Wu pada 11 Mei 2010
Daripada 20 pasukan, 5 pasukan telah dipilih untuk memasuki pusingan akhir.  Mereka adalah salah satu pasukan yang berjaya memasuki pusingan akhir. Taniah!!
Mereka sedang mendeklamasi sajak di dewan sekolah SJK (C)Shang Wu.



Pertandingan Pusingan Akhir telah diadakan di SJKC Jit Sin B pada 20 Mei 2010
Peserta – peserta mendapat angka giliran
 nombor 5 untuk mendeklamasi sajak.
Peserta - peserta sedang mendeklamasi sajak yang bertajuk 我有个秘密(Saya ada satu rahsia).
Mereka berjaya mendapat Johan dalam pertandingan ini. Tahniah!!!!
Para peserta mengambil gambar dengan guru besar dan guru pengiring.
Pn. Hjh Jamaliah bt. Hj. Musa  menyampaikan cenderamata dan sijil kepada para peserta di perhimpunan mingguan.

 Keputusan
Tempat pertama        :           SK Seri Sentosa
Tempat kedua           :           SK Minden Height
Tempat ketiga           :           SK Residensi


Disediakan Oleh : Cik Lau Yean Ping & Pn. Khoo Yan Ting