Isnin, 14 November 2011

Hari Kanak-Kanak Sedunia

Posted by ADMIN On 11:17 PG

11 November 2011 - Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut dengan persembahan kreatif daripada murid-murid sekolah ini. Hadiah-hadiah turut diberikan kepada murid-murid yang memenangi dalam pelbagai kategori.

Bahagian Pra-Sekolah turut mengambil kesempatan ini untuk mengadakan hari graduasi murid-murid pra-sekolah yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1 SKSSn.

Program berjalan dengan begitu meriah dan harmoni. Murid-murid tahun 6 diberikan peluang untuk menonjolkan diri dengan lakunan berkaitan senarai persekolahan mereka.












Jumaat, 21 Oktober 2011

Hasil Kerja Murid Pendidikan Khas

Posted by ADMIN On 11:39 PG



Sabtu, 15 Oktober 2011

Gotong Royong & LDP

Posted by ADMIN On 12:23 PTG

15 Oct. 2011 - Satu gotong royong bagi menceriakan sekolah telah dijalankan. Aktiviti ini telah mendapat sokongan dari hampir semua guru SKSSn serta dibantu oleh tukang kebun sekolah. Aktiviti berjalan dalam keadaan ceria dan penuh kerjasama. Ada yang terlibat di Taman Herba, membuat petak pakir, mengemas bilik-bilik khas dan pengurusan yang lain.

Program ini telah diteruskan dengan satu sesi Latihan Dalam Perkhidmatan yang telah diberikan oleh Tuan Guru Besar. Pelbagai isu telah dibangkitkan dalam membangkitkan semangat kerja para guru dalam mendidik murid-murid.


Jumaat, 14 Oktober 2011

ENGLISH FUN CLUB

Posted by ADMIN On 6:02 PTG

14 Okt 2011 - SKSSn telah mendapat satu sumbangan yang amat bermakna daripada gurunya sendiri iaitu Cikgu Mohd Noor Bin Zainal Abidin. Beliau merupakan seorang guru pakar Bahasa Inggeris. Beliau telah menubuhkan sebuah pasukan sokongan yang digelar sebagai "Kenari English Fun Club". Nama ini dipilih sempena nama burung yang menjadi maskot pasukan ini.

Pasukan sokongan ini diterajui oleh beliau sendiri dan beliau telah memilih beberapa pelajar cemerlang Bahasa Inggeris sebagai tutor dalam memberi khidmat tuisyen Bahasa Inggeris secara percuma. Pelajar yang diberi peluang adalah pelajar yang sanggup datang awal setiap pagi hari persekolahan dan memberi komitmen dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.